Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rina Dakwa Terlupa Salin...

Salah seorang anggota kabinet Ismail Sabri Yaakob yang banyak dikritik orang ramai ekoran...

Video: Ibu Dikecam Biarkan...

LAMAN sosial hari ini 'dihidangkan' dengan satu kes buli tetapi ianya melibatkan bayi...

28 Maut Kebakaran Kilang...

MANILA - Sekurang-kurangnya 28 orang maut dan berpuluh lagi dikhuatiri mati selepas sebuah...

Pengamal Perubatan Tradisional Didakwa...

TELUK INTAN - Seorang pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Bas 2 Tingkat RapidKL Beroperasi September Ini

KUALA LUMPUR – Seramai 90 kapten Bas RapidKL menjalani latihan bagi mengendalikan perkhidmatan bas dua tingkat yang akan beroperasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkifli Mohd Yusoff berkata, kursus khas itu dikendalikan oleh Akademi Bas Rapid yang mempunyai perkhidmatan serba lengkap termasuk memiliki peralatan simulator bas dinamik dan statik.

Warga kota bakal menikmati kemudahan perkhidmatan bas dua tingkat RapidKL yang akan beroperasi di sekitar Lembah Klang bermula September.

“Dengan latihan komprehensif ini, kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, laluan untuk 40 bas dua tingkat itu belum diputuskan secara muktamad dan perbincangan masih dijalankan dengan agensi-agensi yang terlibat termasuk pihak berkuasa tempatan.

“Namun, laluan yang akan digunakan bas dua tingkat itu adalah laluan jarak jauh yang mempunyai permintaan dan kapasiti penumpang yang tinggi,” katanya.


Sebuah bas dua tingkat boleh membawa sehingga 108 penumpang pada satu masa.

“Ini sekali gus memendekkan masa menunggu dan meningkatkan keselesaan para penumpang,” katanya.

Pada Isnin lalu, Prasarana telah mengadakan prapelancaran bas dua tingkat RapidKL itu yang mempunyai ketinggian 4.2 meter.

Bas tersebut turut dilengkapi kemudahan akses universal seperti kafe mini, tandas dan Wifi serta mesra Orang Kelainan Upaya. – mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori