Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

11 Anggota Misi WBG...

KUALA LUMPUR - Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza'...

Harga RON97 Tak Naik...

KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol dan diesel mingggu ini kekal. Harga petrol RON97 kekal...

Kit Kebersihan Diri Percuma...

KUALA LUMPUR - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara...

FB Membolehkan kemaskini Rakan...

DI laman Facebook, News Feed merupakan salah satu komponen utama, dimana melaluinya pengguna...

Batal Transaksi Untuk Elak Persepsi Kurang Baik Pendeposit

PUTRAJAYA – Jika transaksi pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange (TRX) dapat dibatalkan, adalah wajar ia dilakukan untuk mengelakkan persepsi kurang baik di kalangan pendeposit, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

“Kalau boleh batalkan saya mohon batalkan, (ini) bukan kerana soal pelaburan, macam-macam pelaburan boleh buat tapi ini soal persepsi.

“Jangan sampai kita timbulkan keraguan dalam kalangan pendeposit, (mereka) ini makcik pakcik biasa, orang biasa yang deposit RM100…RM200,” kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas acara Larian Pekerja Muda ‘9 to 5’ di sini Sabtu.


Dalam kenyataan semalam, Pemuda UMNO menzahirkan kebimbangan berkenaan pembelian tanah itu oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai RM188.5 juta.

Khairy berkata beliau juga telah menyuarakan kebimbangan dan pandangan peribadinya mengenai perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori