Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Imigresen Tumpaskan Sindiket Pemalsuan...

KUANTAN – Jabatan Imigresen Pahang berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima...

Majlis Tindakan Kos Sara...

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara yang bertujuan memantau kesan...

Terperangkap 6 Jam Atas...

APA yang anda akan lakukan sekiranya terperangkap dalam kesesakan jalan raya untuk berjam-jam...

Acara Minum Susu Sekolah...

PUTRAJAYA - Acara minum susu sekolah 1Malaysia secara serentak yang melibatkan lebih 1.2...

Bayaran US$1 Bilion Bukan Pinjaman, ‘Bailout’ 1MDB

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelaskan bayaran US$1 bilion dari International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi, yang diumumkan pada Jumaat lepas adalah transaksi perniagaan dan bukan satu pinjaman, hutang atau jaminan keluar.

“Lanjutan daripada kenyataan Kementerian Kewangan pada 29 Mei, kami mengambil perhatian terhadap dakwaan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bayaran US$1 bilion itu merupakan pinjaman, atau melibatkan andaian hutang 1MDB lagi.

“Ini sama sekali tidak berlaku. Ia adalah transaksi perniagaan; bukan satu pinjaman, bukan juga apa-apa jenis hutang dan bukan satu jaminan keluar.

“Ia adalah bayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian yang lebih luas untuk mengendalikan pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB secara menyeluruh, maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak,” kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda dalam satu kenyataan, hari ini.


Pada 29 Mei lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan, 1MDB memeterai perjanjian ikatan dengan IPIC dan unitnya, Aabar Investments (Aabar), melibatkan pembayaran sebanyak US$1 bilion.

Menurut kenyataan kementerian itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian berkenaan, IPIC akan membayar US$1 bilion, pada atau sebelum 4 Jun, 2015, yang akan digunakan untuk membayar semula pinjaman US$975 juta (RM3.5 bilion), lebih awal daripada tarikh akhir, kepada sindiket peminjam bank antarabangsa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori