Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tentera Pakistan Dan Afghan...

TORKHAM - Tentera Pakistan dan Afghanistan terlibat dalam perang singkat di sempadan utama...

Penduduk Kuchai Lama Adu...

KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 penduduk Jalan Kuchai Lama menghadapi kesukaran untuk keluar...

Bumbung Dengan Ais Cair...

KINGSBRIDGE - Bumbung rumah yang tidak dilitupi salji menjadi antara petanda jelas wujudnya...

Tampil Secara Sukarela Kurangkan...

MEREKA yang melakukan kesalahan cukai pasti kecut perut apabila mendengar perkataan Lembaga Hasil...

Bayi Perempuan Dibuang Dalam Tangki Pam Tandas

Tampin – Bayi perempuan dipercayai berusia sehari yang masih mempunyai tali pusat meninggal dunia selepas dibuang dalam tangki pam tandas di stesen minyak di Pasir Panjang, Gemas, di sini, petang tadi.

Sumber polis berkata, bayi itu dibuang dalam tandas wanita di stesen minyak berkenaan.

Katanya, ketika ditemui pekerja stesen minyak itu pada kira-kira 5 petang, bayi berkenaan masih hidup, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran.

“Bayi itu meninggal dunia disebabkan lemas selepas dimasukkan ke dalam tangki berkenaan.


“Sehubungan itu, polis kini memburu individu yang membuang bayi berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan bayi itu. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori