Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Angah Raja Lawak Tamatkan...

PELAWAK dan pelakon, Iskandar Shah Hashim atau lebih popular dengan panggilan Angah bakal...

Kebakaran Hutan Di Paka...

DUNGUN - Kebakaran hutan paya gambut di Kampung Tok Arung dekat Santong di...

Tol Percuma Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Lebuh Raya MEX akan memberi laluan tol percuma kepada semua...

Perak Sentiasa Kenal Pasti...

IPOH - Kerajaan Negeri akan sentiasa mengenal pasti tanah untuk dibuka dan diberikan...

Bebiri Faham Bahasa Inggeris Kesal Dimaki Penternak

SYDNEY — Sebuah ladang ternakan di negeri New South Wales, Australia, bakal didakwa di mahkamah oleh aktivis pencinta haiwan kerana pekerjanya dianggap telah melakukan kekerasan lisan terhadap kambing biri-biri.

Tindakan undang-undang itu yang dimulakan sejak September tahun lalu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat mengenai apakah ternakan seperti bebiri dapat memahami percakapan manusia atau tidak.

Badan hak asasi haiwan ternama, RSPCA NSW menerima maklumat dakwaan perlakuan buruk, termasuk kata-kata kasar terhadap kambing itu ketika dicukur di sebuah ladang di Boorungie, 130 kilometer dari Broken Hill.

Aduan itu kemudian dilaporkan secara rasmi oleh badan pemantau haiwan, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), yang kebetulan mendapat rakaman pengakuan hasil penyamaran aktivisnya di ladang tersebut.

Namun Ken Turner, pengurus ladang Boorungie dalam reaksi sindirannya, menilai tuntutan kes itu sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa biri-biri ternakannya memahami pertuturan manusia dalam bahasa Inggeris.

“Asas protes mereka adalah hak haiwan, kalau mereka boleh sahaja berasa terganggu kerana melihat hal-hal atau mendengar ucapan yang digunakan orang ketika mengucapkan kata-kata kasar,” kata Turner dalam nada sinis.

“Sepanjang pengetahuan saya, tidak pernah terjadi kekerasan dalam kerja cukur bulu kambing ini. Tuduhan konon bahasa kasar yang digunakan pekerja kami di depan biri-biri sebagai kesalahan adalah tidak logik,” jelas Turner.

Steve Coleman, Ketua RSPCA NSW, berkata, kes undang-undang mengenai penggunaan bahasa kasar terhadap biri-biri ini diajukan PETA hasil rakaman tetapi dianggap tidak sah digunakan kerana bukti itu kurang kukuh.

“Kami sedih rakaman video sebagai bahan bukti itu tidak boleh diterima dalam tuntutan perundangan. Oleh itu, kami hanya bergantung pada bukti lisan dirakamkan kedua-dua belah pihak: kambing dan penternak,” katanya.

Kes dikemukakan RSCPA NSW dijangka dibatalkan mahkamah, namun Coleman menyatakan isu penyalahgunaan lisan hanyalah salah satu faktor daripada persoalan kekerasan terhadap haiwan yang berlaku di ladang itu.


“Justeru kami anggap kes ini serius dan boleh dibawa kepada pihak mahkamah. Saya tidak peduli bentuk bahasa yang pekerja itu gunakan terhadap bebiri konon haiwan tidak akan memahaminya,” jelas Coleman.

Bagaimanapun Nicolas Donovan, presiden peguam haiwan terkenal di Australia berkata, bintang ternakan pada umumnya boleh memahami bahasa yang digunakan manusia dan hakikat itu bukan khayalan fiksyen.

“Saya fikir masuk akal kalau kekerasan verbal yang bersifat ekstrem terhadap binatang, sama ada bahasa manusia atau kambing biri-biri atau sebaliknya, ia boleh dinyatakan sebagai suatu tindakan kekerasan,” katanya.

“Ini mungkin akan sama kesnya tidak kira  kanak-kanak atau haiwan di ladang, tahap kekerasan yang berlaku tidak perlu terlalu ekstrem untuk dapat menyebabkan semacam ketakutan pada haiwan,” jelas Donovan.

Pendapat serupa juga disuarakan badan kebajikan haiwan, Animal Liberation NSW yang mendakwa binatang tidak perlu faham bahasa manusia untuk tahu orang yang berbicara kepadanya itu sedang kecewa atau marah.

“Saya yakin haiwan boleh faham nuansa daripada bahasa badan, haiwan akan merasakan ancaman di dalam suara daripada orang yang bercakap, dan saya yakin itu sangat boleh mempengaruhi emosi mereka,” ujar organisasi itu.

“Kita semua tahu haiwan dapat rasa kesakitan dan penderitaan. Binatang juga mampu ingat apa dilakukan terhadap mereka dan kita boleh jangka keganasan sebelum hal itu terjadi,” kata Animal Liberation NSW.

Namun demikian, bagi Ken Turner dari Ladang Boorungie, kes itu menjadi pengalaman yang membuka matanya, tetapi dia tidak terlalu memikirkan sangat isu penggunaan bahasa kasar di hadapan kambing biri-birinya.

“Saya percaya kami melakukan perkara-perkara dengan benar. Maka daripada itu, kami akan meneruskan aktiviti gembala dan cukur bulu seperti biasa di ladang ternakan kami,” Turner menegaskan. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori