Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kembar Dikahwin 1 Sama...

SEPASANG kembar telah `dikahwinkan’ antara satu sama lain oleh ibu bapa mereka yang...

UAE Bebaskan 1,010 Banduan...

PRESIDEN Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shaikh Khalifa Zayed Al Nahyan membebaskan 1,010 banduan...

Pejabat Tun M Sahkan...

Jurucakap pejabat Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bekas perdana menteri itu kini dirawat di...

3 Ahli Parlimen BERSATU...

KUALA LUMPUR: Tiga daripada empat Ahli Parlimen BERSATU yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana...

Bekas MB Selangor Puji RMK11 Menarik, Komprehensif

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim memuji Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) (2016-2020) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau yang juga bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tokoh korporat terkemuka berkata, RMK11 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini menarik dan komprehensif dari segi liputan serta perincian.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan semua pegawai yang terlibat dalam menyediakan dokumen RMK11.

“RMK11 memberi cabaran baharu kepada rakyat dalam usaha mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan bagaimanapun perlu meyakinkan rakyat bahawa pelan tindakan yang ditawarkan boleh dijayakan ke tahap optimum.


Justeru, katanya, pelaksanaan RMK11 perlu diteliti dan dicermati dengan mengambil iktibar dari kesilapan lalu.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini menzahirkan minat dan hasrat untuk turut serta dalam perbincangan dan perdebatan mengenai RMK11 dengan lebih lanjut dalam sesi perbahasan kelak,” katanya.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori