Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Banjir: Bilangan Mangsa Di...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka menurun kepada 62 mangsa setakat 4...

Bersabar Dan Berbijaklah Wahai...

PERANG sentimen Sunni dan Wahabi menyala lagi di negara ini. Perang catatan di media...

SST: Pilihan Terbaik Di...

KUALA LUMPUR – Pengguna perlu bijak membeli-belah sekiranya tidak mahu terbeban dengan pelaksanaan...

Inotekdesa Papar Tekonologi Bantu...

PUTRAJAYA - Ekspo Inovasi dan Teknologi Keusahawanan Desa (Inotekdesa) yang diadakan di Melaka...

Bekas Menteri Kadir Sheikh Fadzir Lancar Parti Baharu

KUALA LUMPUR – Bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini melancarkan parti politik baharu yang diterajuinya sendiri sebagai presiden.

Abdul Kadir yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang berteraskan kepada idealisme perdana menteri pertama negara ini, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, terbuka kepada semua kaum.

“Antara misinya adalah “menghidupkan kembali sumpah janji dan idealisme Bapa Malaysia (Tunku) dan pengasas-pengasas kemerdekaan agar seluruh rakyat Malaysia hidup sebagai satu negara bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan bahagia,” katanya semasa melancarkan Ikatan di sini.

Pelancaran itu juga menyaksikan pengenalan bendera Ikatan berserta bacaan ‘Amanat Merdeka’ oleh Naib Presiden parti, Tunku Muinuddin Putra Nerang Putra yang juga cucu kepada Tunku Abdul Rahman Putra.

Abdul Kadir, yang menjadi menteri dari 1982 hingga persaraannya pada 2006, berkata Ikatan bukanlah parti yang menyokong kerajaan atau pembangkang, sebaliknya adalah parti yang menyokong rakyat.


Beliau berkata pendirian parti adalah bekerjasama dengan pihak-pihak yang menyebelahi rakyat dan isu yang harus diperjuangkan.

Abdul Kadir berkata Ikatan tidak obses untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya fokus kepada menambah keanggotaan dan pengukuhan parti.

Sesiapa yang mahu mendaftar sebagai anggota Ikatan boleh berbuat demikian secara dalam talian melalui laman sesawang www.ikatan.org dan mengikuti perkembangannya melalui Facebook dan Twitter.

Abdul Kadir berkata parti akan mengadakan satu majlis pertemuan pada 16 Sept depan bersempena sambutan Hari Malaysia, antaranya bagi memperkenalkan pimpinan tertinggi pusat dan negeri parti itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • parti

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori