Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Perlukah Hal Dlm Kelambu...

VIDEO yang ingin kami hidangkan ini memang sedikit sebanyak kedengaran sangat terbuka apabila...

Blogger Muat Naik Gambar...

KUALA LUMPUR - Seorang blogger sambilan yang memuat naik pautan memaparkan gambar palsu...

Remaja Gian Tunjuk Zakar...

DALAM beberapa kejadian yang berlaku di Singapura, seorang remaja lelaki dianggarkan berumur lingkungan...

Tun M Bakal ‘Kuburkan’...

HAPUS... Dalam usaha musnahkan UMNO yang pernah diterajuinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada...

Bekas Suami Abby Terkilan Dituduh Kikis Wang Isteri

BAHARU saja mendirikan perkahwinan buat kali kedua, nama bekas suami Abby Abadi, Mohammad Nor Farhan Che Bakar sekali lagi dihimpit cerita kurang enak apabila dia didakwa mengikis wang isterinya, seorang ibu tunggal beranak dua.

Terkilan dengan tuduhan tersebut, Farhan mengatakan dakwaan itu sama sekali tidak berasas kerana isterinya, Noriah Mat Isa bukan datang dari golongan berada sebaliknya hanya seorang wanita biasa.

Memetik sebuah portal berita, Farhan berkata, “Saya tidak tahu kenapa ada orang cakap begitu dan terkilan juga apabila mendengarnya kerana saya bukan seorang kaki kikis dan mata duitan seperti diperkatakan.

“Jika benar saya seorang mata duitan buat apa saya berkahwin dengan Noriah, lebih baik saya cari wanita kaya untuk dijadikan isteri,” katanya.

Menurutnya perkahwinannya kali ini adalah berlandaskan cinta dan sudah tersurat jodoh di antara mereka.


“Ini dinamakan ketentuan dan jodoh kami. Sebagai manusia biasa saya menerima kehadiran Noriah dengan hati terbuka meskipun statusnya seorang ibu tunggal dan bukan kerana hartanya,” katanya.

Terdahulu, Farhan berkahwin dengan Abby di Selatan Thailand pada 9 Julai 2013 sebelum disahkan bercerai pada 9 Mei 2014 dengan talak satu hanya selepas 11 bulan bersama.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JASMIN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori