Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

27 Kampung Di Daerah...

KOTA KINABALU - Sejumlah 27 kampung di daerah Beaufort dinaiki air berikutan hujan...

Joe Biden Angkat Sumpah...

WASHINGTON - Joe Biden, 78, sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat...

Keputusan Semakan Anwar Sabitan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengumumkan keputusan permohonan Datuk Seri Anwar...

Kerajaan Akan Meminda SOSMA...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan meminda undang-undang keselamatan drakonian termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah...

Bekenu Di Sarawak Perlu Balai Bomba – PAS

KUALA LUMPUR – PAS Sarawak mendakwa kejadian tiga buah rumah gagal diselamatkan dalam insiden kebakaran di Kampung Subak Bekenu, Miri, Sarawak kerana tiada balai bomba di kawasan berhampiran.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee mendakwa, dalam kejadian Sabtu lalu tiga rumah terbabit musnah sama sekali kerana pihak bomba hanya tiba kira-kira satu jam selepas kebakaran berlaku.

“Api merebak terlalu cepat menyebabkan penghuni tidak sempat hendak menyelamat dokumen penting serta barang-barang keperluan mereka. Semuanya musnah sama sekali termasuk pakaian dan juga buku sekolah anak-anak mereka.

“Memandangkan tiada balai bomba di Bekenu maka mereka membuat panggilan kecemasan di balai Bomba Miri dan pihak Bomba dari bahagian Miri sampai kurang sejam ke tempat kejadian. Apabila sampai ke tempat kejadian tiada lagi barang yang sempat diselamatkan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Sehubungan itu, Jofri meminta kerajaan membina sebuah balai bomba di Bekenu memandangkan sudah banyak kejadian kebakaran berlaku di kawasan itu tetapi harta benda gagal diselamatkan akibat tiada balai bomba berhampiran.

“Kalau hanya berharapkan bomba dari Miri datang membantu mungkin sudah agak lewat kerana perjalanan mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kejadian.

“Sekurang-kurangnya pihak kerajaan dapat memasang pili bomba berdekatan dengan kawasan kampung untuk memudahkan orang ramai datang membantu ketika berlaku kebakaran,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori