KALAU dah dasar penyangak, memang tak kira tempat dia tetap sanggup melakukan perbuatan kejinya itu!
Contohnya minggu lalu, seorang lelaki ditangkap kerana mencuri kasut para jemaah yang menunaikan solat di Masjid Wilayah, Jalan Duta.
[Siak Dipenjara 10 Bulan Miliki Kereta Curi]
Lagi mengejutkan, si pencuri tersebut menggunakan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes Benz untuk dijadikan ‘setor’ menyimpan hasil curiannya itu.
Ketika pemeriksaan dibuat di dalam but kereta, terdapat beberapa pasang kasut yang telahpun dirembatnya. Inilah dikatakan sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..
Ada pihak mengandaikan individu itu merupakan penjual kasut bundle namun ia hanya sekadar telahan.
Walau apapun, kejadian tersebut menjadi bukti bahawa terdapat segelintir manusia yang tegar melakukan perbuatan durjana walaupun di rumah Allah SWT.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Rakaman CCTV – Bapa Mengajar Anak-Anak Mencuri
https://www.youtube.com/watch?v=blLEzEU4Lig