Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Perebutan, 56 Kerusi...

KOTA TINGGI : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pihaknya...

Bekas MB S’gor Terharu...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor yang digulingkan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Nabila Jaga Sensitiviti, Mohon...

DISEBABKAN mengenakan tudung yang singkat sehingga menampakkan dada, penyanyi Nabila Razali telah ditegur...

Dua Maut Membabitkan Myvi...

GERIK - Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan...

Beyonce, Kim K, J Lo ‘Bogel’ Dalam Majlis Met Gala

SUPERSTAR sensasi Hollywood Beyonce, Kim Kardashian dan Jennifer Lopez mencuri perhatian para hadirin dan pihak media yang menghadiri majlis tahunan Met Gala yang diadakan di New York, semalam.

Ini semua gara-gara pakaian terlampau menjolok mata yang digayakan mereka sehingga hampir membogelkan keseluruhan diri mereka di khalayak ramai.

(Nahas DUKE: Tangisan Anak Mangsa Kemalangan Angkara 6 Myvi Haram – Tonton di sini )

Kim Kardashian tidak usah dipertikaikan lagi kebolehannya berbogel kerana benda ini sudah seakan menjadi forte buat dirinya.

Menggayakan gaun putih kristal rekaan Roberto Cavalli, Kim K hadir bergaya bersama suaminya, penyanyi rap, Kanye West.

kim

kim1

kim2

Kemunculan penyanyi lagu Single Ladies, Beyonce paling mencuri tumpuan, tampil bergaya dengan gaun jarang berwarna krim dihiasi manik-manik labuci yang menutupi bahagian sulitnya.

Ibu kepada Blue Ivy ini menggayakan rekaan pereka Givenchy dan hadir ditemani suaminya, Jay Z.


beyonce

beyonce1

beyonce2

Sementara itu, Jennifer Lopez pun tak mahu kalah apabila menggayakan rekaan Versace yang mendedahkan bahagian tepi punggungnya.

jlo

Met Gala merupakan satu majlis amal yang diadakan setiap tahun untuk mengumpul dana bagi Muzium Institut Seni Kostum New York yang mana tiket masuk bagi setiap hadirin adalah sebanyak USD$25,000 (RM90,150). – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=s4UYeIP2zHo

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori