Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PM Iraq, Raja Arab...

BAGHDAD - Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi pada Rabu berunding melalui telefon...

Surat Layang Cuba Pecah...

BERA - Penyebaran surat layang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Jerebu: Lokasi Sambutan Hari...

KUCHING - Sambutan Hari Malaysia yang pada mulanya dirancang berlangsung di Padang Merdeka...

Kes Jangkitan Covid-19 Hingga...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, perhimpunan...

Buang Abu Mayat Isteri Dalam Tandas

Tokyo – Seorang lelaki menyerah diri kepada pihak berkuasa dengan mengaku cuba membuang abu mayat isteri yang ‘dibencinya’ dalam tandas sebuah pasar raya.

Polis melaporkan semalam, lelaki berusia 68 tahun itu memberitahu mereka, dia mencampakkan abu berkenaan ke dalam lubang tandas pasar raya di Tokyo itu sejurus selepas mayat isterinya dibakar, bulan lalu.

Menurut laporan Yomiuri Shimbun, polis sebelum itu dimaklumkan mengenai penemuan abu dan serpihan tulang, termasuk dagu manusia di tandas itu.

Mereka gagal membuat sebarang penjelasan mengenainya sehingga lelaki itu menyerah diri.

Dia bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap isterinya. Menurut lelaki yang namanya tidak disiarkan itu, rumah tangganya tidak pernah bahagia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


“Sudah lama saya dendam dengannya. Kehidupan saya begitu terseksa sehinggalah dia mati,” lapor akhbar berkenaan, memetik pengakuan lelaki itu kepada polis.

Isterinya mati pada usia 64 tahun selepas sakit selama beberapa bulan.

Pendakwa raya kini menimbang untuk mendakwa lelaki itu atas tuduhan gagal menguruskan mayat. Abu mayat hanya boleh dibuang di lokasi yang dibenarkan, kata jurucakap polis Tokyo. – AFP/myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori