CHINA – Hidup dalam penjara besi. Sungguhpun budak ini sakit, namun wajarkan dia dipenjarakan begini sekali.
Itu yang kini menjadi perdebatan hangat di China selepas orang ramai memuat naik gambar seorang budak dimasukkan ke dalam kurungan besi.
Budak itu, Xiao Hao, 10 tahun, dimasukkan ke dalam `penjara’ itu kerana bapanya, Li Wenming, 36, menganggap lebih mudah baginya menjaga anaknya itu yang menghidap sawan, daripada membiarkannya bebas begitu sahaja.
“Xiao memerlukan penjagaan 24 jam dan memandangkan isteri saya telah meninggalkannya, maka saya tidak pilihan, terpaksa mengurungnya begini.
“Dia suka menyentuh benda seperti kereta yang bergerak dan orang ramai yang lalu lalang.
“Disebabkan itulah saya terpaksa membina kurungan yang membolehkan saya membawanya ke mana-mana tanpa perlu ditinggalkan di rumah,” katanya.
Menurut Li, setakat ini lebih RM30,000 dihabiskan untuk rawatan anaknya dan semua wang simpanan telah dihabiskan.
Namun orang ramai menyifatkan keadaan ini sebagai satu penderaan kanak-kanak meskipun Xiao kelihatan gembira dan berada dalam keadaan bersih.- Mynewshub.cc
https://youtu.be/avjofXPqI_A