SUSULAN kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki pada 22 Mac lalu di sebuah masjid di Kota Bharu, Kelantan, mangsa akhirnya berjaya ditemui semula lewat petang semalam.
Namun, yang mengejutkan, budak berusia tujuh tahun itu ditemui sedang meminta sedekah di kawasan berhampiran KB Mall.
TERDAHULU: Budak 7 Tahun Hilang Ketika Temani Bapa Di Masjid
Menurut bapa mangsa, Kamarolzaman Mohamad, 50, anaknya berjaya dikesan setelah seorang individu mengecam wajah berdasarkan gambar yang tersebar di aplikasi Whatsapp.
Berdasarkan informasi dari individu tersebut, dia terlihat mangsa berada dalam keadaan resah setelah ditinggalkan seorang lelaki sambil disuruh membawa bekas untuk mengemis.
“Lelaki yang hanya dikenali sebagai Yong beritahu, anak saya dilihat seperti menangis kerana dipaksa meminta sedekah dan meminta supaya dibawa pulang ke rumah.
“Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku dan terus menghampiri anak saya dan bertanyakan kenapa berada di situ. Nasib baiklah anak saya dapat mengingati alamat dan meminta supaya dibawa pulang ke rumah saya di Kampung Che Deris, PCB.”
Dalam kejadian dua hari lalu, mangsa disedari hilang setelah si bapa selesai menunaikan solat Isyak di Masjid Muhammadi.
Lantas, jemaah masjid segera mencari budak lelaki tersebut sebelum membuat laporan polis pada tengah malam kerana usaha mengesannya gagal.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Budak Maut Jatuh Eskelator Kenanga Wholesale City
https://www.youtube.com/watch?v=gmVUz5gJ6fM