INDIA – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu yang ditanggung oleh budak lelaki berusia 12 tahun ini, Mahendra Ahirwar.
Kepalanya `tergantung’ 180 darjah dan ia seolah-olah terpisah daripada badan.
Akibat kesian melihat budak ini, ibunya, Sumitra Ahirwar, 35, lebih rela jika anaknya mati daripada menanggung keadaan sedemikian seumur hidupnya.
Bagaimanapun selepas keadaan budak itu didedahkan oleh media baru-baru ini, nasibnya lebih baik apabila seorang doktor menawarkan diri untuk merawatnya secara percuma.
Doktor terbabit, Dr Krishnan bersama pasukannya akan menjalankan pembedahan secara percuma.
Dr Krishnan pernah menuntut di London dan bekerja di sebuah hospital di sana selama 15 tahun. Dia kini sudah kembali ke India dan terlibat dalam kes bedah yang rumit.
Kini Dr. Krishnan tekad untuk membantu Mahendra yang merupakan anak orang miskin agar dapat hidup seperti individu normal yang lain.
“Saya telah melakukan pemeriksaan ke atas budak itu dan kini sedang menjalankan kajian. Saya yakin kita dapat membetulkan kepalanya agar ia tidak terpisah begitu jauh.
“Sekurang-kurangnya saya dapat memperbaiki kualiti hidupnya,” katanya.
– MYNEWSHUB.CC
https://youtu.be/YZdEjherKZA