LONDON- Seorang lelaki mengambil jalan pintas dengan membunuh diri kerana tidak mampu lagi menanggung rasa bersalah selepas anak perempuannya diserang oleh penceroboh pada bulan September tahun lepas.
Pemandu trak, Gareth Reeve, 47, berubah menjadi pendiam dan mengalami tekanan perasaan selepas menyaksikan anaknya, Jessica, 25, diserang dengan kejam di rumah mereka di Hants.
Ia juga mengakibatkan Reeve terpaksa mendapatkan rawatan kaunseling.
Namun malangnya, rawatan itu tidak berkesan menyebabkan Reeve membunuh diri pada bulan Februari lalu, demikian pendedahan dalam inkues yang diadakan susulan kematiannya.
“Serangan itu betul-betul merubahnya. Dia menutup tingkap dengan selimut dan berkurung dalam bilik,” kata adiknya, Andrew.
Reeve dilaporkan hilang pada 22 Februari lalu oleh ibunya Norma selepas dia tidak balik ke rumah. – Mynewshub.cc
https://youtu.be/WjzLrtIDBsM