Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Saksikan Agong, Sultan...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu), Datuk Mohd Razlan Rafii...

Bekas Pejuang Reformasi Gelar...

KONVENSYEN Pakatan Harapan pada Ahad lalu telah membuktikan kepada dunia bahawa blok pembangkang...

2 Wanita Indonesia Tanpa...

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM20,000 atau penjara lapan bulan...

Laporan Kelibat Buaya Dilihat...

TERDAPAT peningkatan hampir tiga kali ganda laporan kelibat buaya dilihat oleh orang ramai...

China Jamin Sokong Pembinaan Semula Nepal

KATHMANDU – China menzahirkan kesanggupan dan memberi jaminan kepada pihak berkuasa Nepal bahawa pihaknya akan memberi sokongan sebaik mungkin bagi pembinaan semula negara pergunungan itu selepas kejadian gempa bumi kuat April lepas.

Pembantu Menteri Luar China, Liu Jianchao memberitahu Perdana Menteri Nepal Sushil Koirala, Khamis, bahawa China menjamin akan memberi sokongan kepada Nepal dalam usaha pembangunan semula, berikutan gempa bumi yang melanda 25 April lepas, menurut kenyataan Kementerian Nepal di Kathmandu.

Liu mengetuai tujuh anggota tertinggi delegasi rasmi China tiba di Kathmandu Khamis untuk mengkaji keadaan pasca gempa dan berbincang dengan pihak berkuasa negara itu kemungkinan kerjasama China dalam pengagihan bantuan dan kerja-kerja pembinaan semula serta memulakan perundingan dengan pemimpin dan pegawai Nepal.

Dalam pertemuan dengan Koirala, Pembantu Menteri Luar China itu memberi jaminan mengenai tahap kerjasama yang lebih baik sebagaimana diperlukan Nepal daripada China pada waktu-waktu yang sukar begini, menurut kenyataan itu.

China menyatakan kesediaan untuk membina semula infrastruktur dan mengembalikan budaya serta warisan sejarah yang telah musnah akibat gempa bumi, kata kenyataan itu.

Sebagai maklum balas, Koirala memuji China dan beberapa negara lain kerana memberikan sokongan ikhlas kepada Nepal untuk tujuan menyelamat, membantu dan kerja-kerja membina semula pasca gempa bumi.


Nepal dilanda gempa bumi kuat pada 7.9 magnitud 25 April lepas dan gegaran susulan pada 12 Mei, yang mengorbankan hampir 9,000 orang, mencederakan lebih 17,000 mangsa serta memusnahkan lebih 400,000 bangunan swasta dan awam termasuk lebih 5,000 bangunan sekolah.

Masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara jiran terdekat Nepal – China dan India – telah menyatakan kesediaan untuk menyumbang bagi pemulihan dan kerja-kerja pembinaan semula ekoran gempa bumi kuat di Nepal.

Lebih 670 gempa susulan termasuk 253 gegaran berukuran 4 magnitud mengegarkan Nepal sejak 25 April iaitu hari berlakunya gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada Skala Richter.- BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=UXgsnX5j5gc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori