Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

2 Maut Kereta Rempuh...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki...

Mega Mydaftar Bantu Masyarakat...

PUTRAJAYA - Kempen 'Mega Mydaftar' di 23 kawasan di seluruh negara bermula bulan...

Susah Rupanya Jadi Kerajaan,...

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengakui menjadi kerajaan pemerintah lebih sukar...

PPSN Beri Sumbangan Sempena...

GEORGE TOWN - Sempena perayaan Deepavali minggu depan, Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN)...

Chong Wei Tak Sabar Ke Gelanggang Lepas ‘Rehat’ 7 Bulan

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tidak sabar untuk kembali beraksi di gelanggang setelah bebas daripada penggantungan selama lapan bulan berikutan kesalahan kes doping.

“Saya rasa macam ‘geram’ sebab sudah lama tidak bermain dalam mana-mana kejohanan. Saya rasa lebih bersemangat sekarang,” katanya ketika ditemui selepas kembali menjalani latihan secara rasmi bersama skuad badminton kebangsaan di Stadium Juara, di sini, hari ini.

Kejohanan Piala Sudirman di Dongguan, China dari 10 hingga 17 Mei ini, menjadi medan pertama Chong Wei selepas tamat penggantungan atas kesalahan kes doping tersebut yang berakhir semalam.

“Pada kejohanan ini, saya berharap dapat menemui kembali rentak permainan saya. Sudah tujuh bulan saya tidak bertanding (selepas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan pada September).

“Sepanjang kerjaya saya, tidak pernah berehat panjang seperti ini. Sebelum inipun, saya hanya berehat tiga bulan sebab kecederaan buku lali,” katanya.

Dalam keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Isnin lepas, Chong Wei dikenakan hukuman penggantungan selama lapan bulan berhubung kesalahan kes doping oleh BWF yang berkuat kuasa 30 Ogos 2014.

Mengikut Panel Pendengaran Doping BWF, tempoh penggantungan tersebut akan berakhir 30 April ini dan Chong Wei layak bermain semula pada 1 Mei.

Mengenai pemilihan pemain untuk Piala Sudirman 2015, Chong Wei berkata ini adalah peluang terbaik bagi pemain muda untuk beraksi dan meraih pengalaman pada suatu kejohanan besar.

Chong Wei bersama-sama pemain lain yang terpilih ke kejohanan berkenaan akan berlepas ke China pada Rabu ini.

Menyedari kedudukan ranking dunia beliau yang makin merudum, Chong Wei berkata beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan jurulatihnya Hendrawan dan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen.


“Disebabkan saya tidak dapat bermain dalam Terbuka Indonesia dan Australia, saya rasa ranking saya terus jatuh…mungkin ranking ke-70,” katanya.

Selepas dijatuhi lapan bulan penggantungan itu, kedudukan Chong Wei jatuh ke tempat ke-45 dalam ranking BWF yang dikeluarkan semalam.

Kedudukan itu menyaksikan beliau kini berada di belakang Chong Wei Feng yang berada di ranking ke-31 dengan 35,199 mata, manakala pemain bebas Zulfadli Zulkiffli di tangga ke-41 selepas mengumpul 28,910 mata.

“Ini akan menjadi lebih sukar bagi saya sebab kena bermula dalam pusingan kelayakan pada semua kejohanan Siri Super.

“Untuk itu saya ada berbincang dengan Morten Frost dan Hendrawan, jika saya bermain dalam Terbuka Amerika Syarikat dan Kanada, saya mungkin dapat kumpul mata,” katanya.

Beliau tidak dapat beraksi dalam dua kejohanan Siri Super iaitu Terbuka Australia (26-31 Mei) dan Terbuka Indonesia (2-7 Jun).

Bagi memastikan jaguh badminton negara itu dapat mengumpul mata ranking selepas Piala Sudirman dan Sukan SEA 2015 di Singapura pada Jun, Chong Wei dijadual menyertai Terbuka Amerika Syarikat, iaitu kejohanan bertaraf Grand Prix Emas dari 16 hingga 21 Jun, serta Terbuka Kanada (bertaraf Grand Prix) pada 23 hingga 28 Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori