Bayangkan anda berada dalam satu situasi yang mana ketika sedang berseorangan, tiba-tiba anda didatangi seorang lelaki yang kemudiannya memaksa anda membeli tiga biji durian dengan harga RM300.
Sudahlah harga yang diletak terlalu mahal, lagi bertambah menakutkan, individu tersebut turut mengugut untuk mencampakkan durian andai anda tidak membeli!
Ngeri, kan? Itulah detik cemas yang dikongsi seorang gadis apabila dia dan ahli keluarganya terpaksa berhadapan dengan lelaki tersebut.
Berkongsi pengalaman itu di laman Twitter, pemilik akaun, @tanlyanne menulis, insiden tersebut bermula apabila adik perempuannya didatangi seorang penjual durian yang menawarkan harga RM500 untuk tiga biji durian.
Oleh kerana harga yang tidak masuk akal, adiknya menolak urus niaga tersebut, lantas dia mengurangkannya menjadi RM300.
https://twitter.com/tanlyanne/status/598123526176935937
Bapanya kemudian masuk campur dengan menawarkan RM200 untuk durian tersebut, namun lelaki berkenaan tidak berpuas hati dan menolak harga itu.
https://twitter.com/tanlyanne/status/598125488683417600
Peniaga apa ni? Boleh pula paksa-paksa pelanggan untuk membeli jualannya. Bahkan, dia turut menolak urusan tawar-menawar. Memang betul-betul samseng ni.
Selain itu, gadis tersebut turut berkongsi taktik yang digunakan individu tersebut yang bertindak mengopek durian di hadapan adiknya agar mangsa tidak dapat menolak untuk membeli durian tersebut.
Nampaknya, buat individu-individu yang menggunakan Stesyen Minyak Petronas di Lebuh Raya Kesas mahupun mana-mana kawasan, anda harus lebih berhati-hati selepas ini.
Sesetengah manusia sememangnya tidak memiliki nurani suci, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang secara mudah.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
 Kes Penipuan Di Stesyen Minyak