Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

BERSATU Johor Adakan Mesyuarat...

JOHOR BAHRU : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor akan mengadakan mesyuarat dalam...

Saifuddin Anggap SD Sokong...

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail...

Polis Selangor Tumpaskan 2...

SHAH ALAM - Polis Selangor menumpaskan dua sindiket penipuan ‘Macau Scam’ yang masing-masing...

Video: Gadis Jerit Panggil...

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengejutkan penduduk Kg Lepau, Kota Tinggi...

Dadah: Pengawal Keselamatan Dihukum Penjara 14 Tahun, 10 Sebatan

IPOH – Seorang pengawal keselamatan hari ini dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan pindaan memiliki 479 gram dadah jenis kanabis, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman S.M Komathy Suppiah memerintahkan Che Rosdi Che Din, 40, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Julai 2013.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di depan rumah No. 49, RPT Bercham di sini, pada 3 petang, 24 Julai 2013 mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Che Rosdi pada awalnya menghadapi pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B ADB yang memperuntukkan hukuman mati mandatori namun pihak pendakwa raya memindanya kepada pertuduhan memiliki dadah itu ketika kes di peringkat bela diri.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zahidah Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Hafiz Jalaludin. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=tOiRf_3WLL0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori