Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tun Mahathir Dibenar Keluar...

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari...

2 Wartawan Australia Ditahan...

PETALING JAYA - Dua wartawan warga Australia ditahan pada Sabtu malam kerana gagal...

Pembantu Penguat Kuasa Direman...

PUTRAJAYA - Seorang pembantu penguat kuasa sebuah kementerian, direman selama enam hari bermula...

17 Juta Syiah Sambut...

Tiga hari lalu, jutaan penganut Syiah telah berkumpul di bandar Karbala di Iraq...

DAP Bantah Hukuman Mati 8 Banduan Di Indonesia

KUALA LUMPUR – DAP mengutuk hukuman tembak sampai mati lapan banduan kes dedah oleh kerajaan Indonesia di lapangan tembak di Penjara Nusakambangan pada 29 April lalu.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, hukuman mati tersebut sangat menyedihkan dan merupakan satu langkah kebelakang oleh kerajaan Indonesia.

“Kami (DAP) kecewa dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo kerana mengambil pendekatan populis untuk melaksanakan hukuman ini bagi menampung sokongan politiknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chin Tong berkata. hukuman mati itu bermakna nasib banduan terbabit tidak dapat diubah jika ada bukti baharu muncul dalam kes mereka sekali gus mengenepikan keadilan.


Media sebelum ini melaporkan lapan banduan kes dadah menjalani hukuman tembak sampai mati di lapangan tembak di Penjara Nusakambangan, Jawa Tengah pada pagi ini.

Hukuman yang dijalankan skuad penembak itu dilaksanakan kira-kira pukul 12.30 pagi ke atas dua warga Australia Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, Martin Anderson, Raheem A. Salami, Sylvester Obiekwe dan Okwudili Oyatanze (Nigeria), Rodrigo Gularte (Brazil) dan Zainal Abidin (Indonesia). – MYNEWSHUB.cc

https://youtu.be/lJUzVPYrLa8

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori