Hari ini, Democratic Action Party (DAP), salah satu parti bawah Pakatan Rakyat (PR) telah menolak Kabinet Bayangan yang dicadangkan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malah, parti itu turut mengumumkan pembentukan kabinet bayangan sendiri.
[Dr Wan Azizah, Hassan Angkat Sumpah Anggota Parlimen Baharu]
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, cadangan Wan Azizah terhadap perlaksanaan tersebut dilihat tidak lagi praktikal.
Dalam sidang media yang diadakan di Parlimen, beliau berkata, “Ia tidak lagi praktikal untuk dilaksanakan. Lebih baik setiap parti mempunyai Kabinet Bayangan masing-masing.”
Ujarnya lanjut, cadangan tersebut telahpun diutarakan kepada ketua pembangkang.
Kabinet Bayangan DAP akan membabitkan 18 portfolio kementerian yang diwakili oleh ahli parlimen partinya.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Selepas 7 Tahun, Wan Azizah Kembali Ke Dewan Rakyat