Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Itik Serati, Ayam Kampung...

PASIR MAS - Itik serati dan ayam kampung salai antara juadah yang mendapat...

Untuk Kekal Eksklusif, Azlan...

VOKALIS band Azlan & The Typewriter, Azlan kini mengambil pendekatan untuk tidak terlalu...

Bantal Peluk Pocong Pastikan...

KUALA TERENGGANU - Kalau pada kelazimannya disebut sahaja perkataan pocong, bulu roma segelintir...

LHDNM Berjaya Agih Ribuan...

LHDNM Berjaya Agih Ribuan Bakul Makanan

DAP Perguna Nama Nik Aziz Serang Hadi

KUALA LUMPUR – DAP terus menyerang krediliti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha menumbangkan Presiden PAS itu dalam pemilihan PAS yang akan berlangsung pada Jun depan.

Terbaru Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempergunakan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menunjukkan Abdul Hadi kononnya berbohong mengenai pendirian Nik Abdul Aziz menyokong pembentukan kerajaan perpaduan semasa hayatnya.

“Kalau bekas mursyidul am PAS (Nik Abdul Aziz) masih hidup, pasti beliau tidak akan membenarkan Pakatan Rakyat berhadapan krisis seteruk ini dan menentang rancangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh pimpinan PAS sedia ada.

“Bekas pemimpin PAS pernah mendakwa idea pembentukan kerajaan perpaduan telah mendapat restu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi ia dihalang sendiri Nik Abdul Aziz.

“Bagaimanapun promoter konsep kerajaan perpaduan telah mengambil kesempatan daripada kematian Nik Abdul Aziz untuk meneruskan konspirasi politik itu,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Kit Siang mendakwa beliau rindukan Nik Abdul Aziz yang mampu menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada ambang perpecahan disebabkan sikap pimpinan PAS sedia ada.


Dakwanya, hanya satu cara untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada perpecahan iaitu setiap parti dalam gabungan pembangkang itu terutama PAS berpegang kepada dasar dan polisi bersama yang turut dipersetujui Nik Abdul Aziz semasa hayatnya.

“Jika kita kekal kepada prinsip ini, saya yakin Pakatan Rakyat akan jadi lebih kuat untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Inilah saatnya kita merindui kebijaksanaan dan wawasan Nik Abdul Aziz,” dakwanya.

Abdul Hadi sebelum ini memaklumkan pembentukan kerajaan perpaduan pernah dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/3AHZH5oaZmQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori