Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gambar Murid Didakwa Tertidur...

BOLEH dikatakan, kes kanak-kanak hilang atau diculik bukan lagi satu perkara yang mengejutkan untuk...

Zizan Cerita Sebab Lentok...

PELAWAK terkenal tanahair, Zizan Razak tidak menyangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Bapa Bunuh Diri Selepas...

ROMANIA – Seorang bapa yang tidak tergamak melihat anak perempuannya yang berusia 18...

8 GAMBAR : Bilik...

Gara-gara pertengkaran sesama pelajar, sebuah kelas di SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur dibakar...

DAP Siap Sedia Jika Hadi Kekal Presiden PAS

KUALA LUMPUR – DAP bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan berhubung masa depan Pakatan Rakyat memandangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah pasti akan kekal sebagai Presiden PAS dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Abdul Hadi telah terjamin akan berjaya mempertahankan jawatannya tanpa memerlukan sebarang bantuan luar dalam pemilihan tersebut.

“Atas sebab ini pimpinan tertinggi DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 25 Mei 2015 mengulangi kesediaan untuk berhadapan sebarang kemungkinan bagi Pakatan Rakyat pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng bagaimanapun menafikan DAP cuba mencampuri pemilihan dalaman mana-mana parti politik temasuk PAS seperti yang didakwa ramai pemimpin parti itu.

Namun, katanya, DAP tidak akan dibisukan daripada menyatakan apa yang benar dan mempertahankan yang hak dari yang batil hanya disebabkan pemilihan PAS

Sehubungan itu, katanya, DAP akan terus membangkitkan lima persoalan berikut yang diperlu dijawab oleh Abdul Hadi:

1. Kenapa Abdul Hadi memungkiri komitmen PAS kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada pimpinan Pakatan?

2. Kenapa Abdul HAdi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemelut 1MDB?

3. Kenapa Abdul Hadi mahu mewujudkan ‘kerajaan perpaduan’ bersama UMNO?


4. Kenapa Abdul Hadi enggan menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini?

5. Kenapa Abdul Hadi mengisytiharkan bahawa menjadi kewajipan umat Islam untuk menyatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud?

Guan Eng berkata, kenyataan-kenyataan Abdul Hadi membabitkan kesemua persoalan itu sebelum ini tidak konsisten dengan perakuan bertaat setia dan menyokong Pakatan Rakyat.

“Jika Abdul Hadi tidak boleh mengotakan janjinya, bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan beliau atas dasar hormat dan percaya.

“Pimpinan senior PAS juga mengelak daripada menjawab lima persoalan ini dengan cuba menyalahkan DAP jika terjadinya perpecahan dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

- MNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=t1v8Kdmom5Q

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori