Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Britain Tarik Balik Visa...

LONDON - Britain akan menarik balik visa suspek Arab Saudi yang terbabit dalam...

Pakatan ‘Sending A Clown’...

SEMUA orang sepatutnya sudah kenal tabiat Rafizi.Dia membunuh karakter seseorang selamba sahaja dan apabila...

Sultan Johor Mahu Semua...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu pihak tertertentu...

Ijazah Graduan Biadap Tidak...

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya tidak menahan skrol dan transkrip akademik ataupun menarik...

DAP Tolak Cadangan Wakil Rakyat Mesti Mahir B. Melayu

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mahu mengkaji cadangan supaya individu yang ingin menjadi wakil rakyat perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming mendakwa, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sepatutnya memberi perhatian kepada usaha menambahbaik proses pilihan raya dan bukan mendengar cadangan Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

“SPR sepatutnya memberi tumpuan kepada penunaian janji-janji yang dibuat lebih daripada tiga tahun yang lalu, iaitu untuk menerbitkan kajian-kajian yang telah dijalankan mengikut syor-syor khusus yang dibuat dan bukan memberi tumpuan kepada cadangan yang dikemukakan oleh Mohd. Ridhuan Tee,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPR baru-baru ini memaklumkan akan meneliti cadangan bagi mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM.


Ia berikutan cadangan Ahli Akademik, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang mahu SPR mensyaratkan mereka yang mahu menjadi wakil rakyat bagi peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, perlu sekurang-kurangnya mendapat kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.

Mohd. Ridhuan Tee turut mencadangkan agar wakil rakyat ditemuduga mengenai penguasaan Bahasa Melayu dan sejarah kenegaraan sebelum dibenarkan bertanding.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dilapor menyokong cadangan itu kerana setiap pemimpin di negara ini perlu mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori