Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAS Sedia Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - PAS sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu melibatkan...

Selangor Serah Semula Kitab...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor hari ini memulangkan semula kitab Bible yang dirampas...

Sanusi Junid Sentiasa Punya...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Sanusi Junid, yang meninggal dunia pagi tadi pada...

Sebuah Pasar Raya Di...

SEREMBAN - Bahagian atas sebuah lot kedai menyimpan barang-barang stor di pasar raya...

Datuk Bandar Gesa Perancis Haramkan Agama Islam

BIADAP dan tidak bertamadun! Datuk Bandar Venelles yang terletak di selatan Perancis tegar menggesa negara tersebut mewujudkan undang-undang mengharamkan ajaran Islam di sana.

Melalui status di laman mikro Twitter peribadinya, Robert Chardon menulis, “Kita mesti mengharamkan Islam diamalkan di Perancis.”

Dia turut menggesa supaya umat Islam yang menetap di negara itu dihantar ke negara yang mengamalkan ajaran Islam.

Bukan itu sahaja, Chardon turut optimis bahawa menjelang 2027, Perancis akan menguatkuasakan pengharaman Islam walaupun tidak menyatakan secara jelas bagaimana ia boleh dilaksana.

Dalam satu temuramahnya dengan sebuah akhbar di sana, Chardon berkata, cara tersebut merupakan satu-satunya jalan kepada masalah di Perancis.

Walau bagaimanapun, parti yang dinaunginya, Union For A Popular Movement, dilaporkan bakal memecatnya berikutan kenyataan kontroversi tersebut.

Serangan Charlie Hebdo: Polis Perancis Buru 3 Suspek

Awal tahun ini, satu serangan telah dilakukan terhadap akhbar satira Charlie Hebdo sehingga menyebabkan kematian 12 individu.


Ia dipercayai dilakukan beberapa individu beragama Islam setelah akhbar tersebut acapkali menghina Nabi Muhammad S.A.W dengan menerbitkannya dalam karikatur.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Laporan Tentang Kenyataan Robert Chardon Tentang Pengharaman Islam

https://www.youtube.com/watch?v=91ymvRfXl5k

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori