SEMALAM merupakan ulang tahun ke-40 buat bekas bintang bola sepak tersohor, David Beckham.
Mencecah usia big 40, Beckham dan keluarga terbang ke sebuah resort mewah di Maghribi bagi meraikan hari jadi bapa kepada empat cahaya mata itu.

Victoria sempat berkongsi gambar mereka sebelum berlepas ke Maghribi dengan menaiki jet peribadi di laman Instagramnya selain memperkenalkan hashtag #DB40 bagi majlis tersebut.
Bukan hanya ahli keluarga mereka sahaja yang dibawa ke sana, sebaliknya majlis sambutan mewah itu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti pasangan itu antaranya Eva Longoria, David Blaine, ahli kumpulan Spice Girls, Emma Button dan Melanie C. – MYNEWSHUB.CC



https://www.youtube.com/watch?v=spoOoTrFRVk
Oleh: JULIANA JOHAR