Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Didakwa Kerana...

IPOH - Akibat menukar tanda harga barangan bayi di sebuah pasar raya di...

Bersih 4 Gagal Capai...

PERHIMPUNAN haram Bersih 4 ternyata gagal mencapai matlamat penganjurannya yang berlangsung selama 34...

Alamak! Zaid Tuduh DAP...

KANTOI... Ini bukan tuduhan dilemparkan oleh pemimpin UMNO atau macai mereka tetapi ahli...

Amy Kecewa Cenderamata Konsert...

VOKALIS kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman melahirkan perasaan kecewanya...

Dengan RM15, Pengunjung Boleh Nikmati Pelbagai Jenis Mangga

ALOR SETAR – Dengan hanya membayar RM15, seseorang boleh makan seberapa banyak mangga menerusi program ‘Jom Makan Mangga’ di Pusat Teknologi Mempelam Kanan Sala, Kota Sarang Semut, mulai hari ini sehingga Julai depan.

Di antara jenis yang boleh dinikmati pengunjung sepanjang program itu ialah Harum Manis, Laris, Masmuda, Simpang Empat, Nam Dok Mai dan Chok Anak yang ditanam di pusat tersebut, kata Mohd Rawi.

Anggota Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan, Warisan dan Kerja Raya Negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata program itu anjuran Jabatan Pertanian Kedah dan Tourism Malaysia Kedah.

“Selain menikmati mangga, orang ramai juga dapat mempelajari cara penanaman mangga selain boleh membeli benih, buah dan mencuba sendiri 110 jenis mangga dari seluruh dunia,” katanya selepas merasmikan program tersebut hari ini.


Program yang julung kali diadakan itu bakal dijadikan salah satu pakej pelancongan di Kedah di mana pelancong boleh datang melihat Muzium Mangga terbesar di dunia, katanya.

“Ia merupakan muzium mangga terbesar dan ia dijangka dapat menarik pelancong ke Kedah. Tourism Malaysia Kedah juga sedang merangka untuk memasukkan program ini dalam kalender Tahun Melawat Kedah 2016,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori