Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemilik Gimnasium, Pembantu Cedera...

SHAH ALAM - Seorang pemilik gimnasium dan pembantunya cedera parah akibat ditembak dari...

Vivian Hoo/Khe Wei Kalah...

KUALA LUMPUR - Cabaran negara pada Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Switzerland berakhir...

Fazura Tumpang Gembira, Doakan...

JIKA ada yang masih ingat, aktres jelita Nur Fazura pernah mengejutkan industri hiburan...

53,287 Orang Terima Suntikan...

SHAH ALAM - Seramai 53,287 individu telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 dalam...

Disalah Sangka Perompak, Remaja Ditembak Mati Rakan

SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun, Mackeon Schulte dari Montana, Amerika Syarikat maut ditembak rakannya sendiri.

Kejadian berlaku ketika Mackeon ingin mengejutkan rakannya itu dari tingkap biliknya dengan cara membaling batu, namun rakannya yang tidak didedahkan nama itu telah tersalah sangka bahawa ada perompak cuba memasuki biliknya lantas mengambil pistol dan menembak mangsa.

Mackeon meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital sementara seorang lagi rakan mereka yang berada bersamanya ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa sebelum itu tidur di rumah seorang kawannya yang lain sebelum mereka pergi ke rumah suspek untuk mengejutkannya untuk melepak bersama pada jam 2.30 pagi.

Menurut polis, suspek mendakwa terdengar bunyi bising dari arah tingkap biliknya serta ternampak wajah seseorang yang mencurigakan lalu dia bertindak melepaskan tembakan.


– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=sXfRLtvDBQs

Oleh:  JASMIN 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori