Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jho Low Atur Bayaran...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan...

Sultan Kedah Dianugerah DK...

ARAU - Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dianugerah Darjah Kerabat Perlis (DK)...

Guna Teknologi Moden Bangunkan...

TAWAU - Masyarakat peladang, penternak dan nelayan di Sabah perlu menguasai penggunaan teknologi...

18.5 Peratus Pelajar Alami...

BUTTERWORTH – Sebanyak 18.5 peratus pelajar di negeri ini mengalami masalah kemurungan dengan...

Dr Wan Azizah Dari Kaca Mata Pengundi Permatang Pauh

PERMATANG PAUH – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh dikatakan melaksanakan misi ‘hidup atau mati’ bila menjadi calon parti itu untuk pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Di bahu ahli politik berusia 63 tahun itu terletak tidak saja beban untuk membuktikan kerelevanannya kepada seramai 71,890 pengundi berdaftar, tetapi juga kepada rakyat Malaysia lainnya ketika seluruh negara melihat episod ini dengan penuh minat.

Penganalisis politik melihat jika beliau menang pertarungan, ia akan memberi laluan untuk beliau muncul semula di parlimen dengan bergaya, sebagai pilihan utama untuk menjadi ketua pembangkang, menggantikan suami beliau yang dipenjara yang juga bekas anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dari segi pemasaran, jentera Pakatan Rakyat tidak punya masalah untuk menghebahkan namanya kerana Dr Wan Azizah sudahpun terkenal sebagai figura umum, memandangkan beliau adalah orang yang mengasaskan Parti Keadilan Nasional, kemudian dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 1999, dan diangkat sebagai ketua pembangkang pada 2008.

Namun, kemenangan beliau kali ini diramalkan tidak semudah seperti yang dilihat tercatat pada kertas.

Beliau sering menggunakan nama Anwar dalam ceramah yang dihadirinya dengan harapan meraih undi simpati, selain membangkitkan isu-isu nasional seperti kos hidup yang meningkat, cukai barang dan perkhidmatan (CBP) – tolak undang-undang hudud.

“Saya sangat kesian…Anwar sudah masuk penjara, ayah mentua (Datuk Ibrahim Abdul Rahman) pula baru meninggal dunia. Saya terpaksa bertanding sebab Anwar sudah masuk penjara..jadi undilah saya”.

Skrip inilah beliau ulangi pada setiap acara atau ceramah atau di setiap rumah yang beliau kunjungi.

Dr Wan Azizah memang tidak ada yang baru untuk ditawarkan kepada pengundi terdiri dari tiga kerusi negeri – Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti.

Beliau berpegang pada kata-katanya bahawa manifesto tidak diperlukan ketika ini kerana Permatang Pauh sentiasa mendapat perhatian kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP, parti rakan dalam Pakatan Rakyat, di samping ketua menteri sendiri Lim Guan Eng.


Dalam pada itu jentera Barisan Nasional terus memberitahu pengundi bahawa Dr Wan Azizah tidak akan mempunyai masa dan tenaga yang diperlukan jika beliau memenangi Permatang Pauh.

Ini kerana beliau perlu juga memberi perhatian terhadap tugas sebagai anggota dewan negeri Kajang yang dipegangnya sekarang.

Mengenai isu dua kerusi ini, Dr Wan Azizah mendakwa timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Azmin Ali berjanji untuk turut membantu dengan memberi perhatian terhadap kerusi negeri itu.

Mungkin beliau dapat meyakinkan penyokong tegar Pakatan Rakyat tentang komitmen yang dijanjikan oleh Azmin dan Lim, tetapi ikrar dua ketua kerajaan negeri ini menyebabkan pengundi atas pagar bertanya “Di mana Dr Wan Azizah akan tinggal sebenarnya?”.

Satu hal yang begitu ketara disedari wartawan ialah ketiadaan pemimpin PAS dari puak ulama semasa kempen, termasuk presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada sidang akhbar harian PRK Permatang Pauh oleh PKR sejak kempen hari pertama, langsung tidak kelihatan pemimpin PAS kecuali dari puak liberal seperti pemimpin nombor dua Mohamad Sabu, dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Tidak ada sepanduk atau bendera PAS kelihatan di sekitar Permatang Pauh kecuali sepanduk yang menyokong kepimpinan Ulama dan undang-undang hudud, yang merupakan mesej lantang kepada PKR dan DAP agar jangan mengganggu PAS.

Oleh kerana Permatang Pasir selama ini dianggap kubu kuat PAS, ia mungkin menjejas peluang Dr Wan Azizah menambah, atau sekurang-kurangnya mengekalkan 11,000 undi majoriti, seperti yang diraih suaminya pada Pilihan Raya Umum 2013. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori