Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Pegawai RELA Terlibat...

KUCHING - Dua pegawai kerajaan hari ini mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan rasuah...

Pengendali Nasi Kandar Line...

PENGENDALI restoran popular Nasi Kandar Line Clear diberi tempoh tiga minggu untuk mengosongkan...

‘Rise Ini Kalilah’ Peluang...

PETALING JAYA - Pelakon Mira Filzah menganggap tawaran berlakon dalam filem Rise Ini...

Jari Kaki Disambung Ke...

MESKIPUN jari tangannya telah digantikan dengan jari kakinya akibat satu kemalangan namun Jeremy...

Dua Maut Pelantar Minyak Runtuh Di Mexico

MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya dua pekerja maut dan 10 lagi mengalami kecederaan apabila pelantar minyak runtuh di perairan dekat timur pantai Mexico menyebabkan 101 orang dipindahkan.

Typhoon Offshore, anak syarikat Kumpulan Salinas berkata, kemalangan berlaku apabila salah satu tiang pelantar minyak itu “runtuh.”

Syarikat milik kerajaan, Pemex berkata, tiga daripada pekerjanya dan 98 Typhoon pekerja dipindahkan ketika kejadian berkenaan di kawasan Campeche Sound dekat Teluk Mexico.

Nahas berkenaan menyebabkan dua pekerja maut dan 10 mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, pengeluaran petroleum di pelantar itu tidak terjejas.


Pelantar minyak dijadualkan mengendalikan kerja penyelenggaraan tetapi ia tiba-tiba senget.

Dalam kejadian di kawasan yang sama bulan lalu, pelantar minyak milik Pemex terbakar sehingga menyebabkan empat pekerja terkorban dan tiga lagi hilang. – AFP

https://youtu.be/cavc_cCV2Xg

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori