Microsoft pada tahun ini hanya sekadar memperkenalkan beberapa peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah sahaja dari siri Windows Phone.
Sekaligus menjadikan ramai tertanya-tanya berkenaan dengan pengenalan peranti berspesifikasi tinggi daripada mereka.
Kini, desas-desus dan ura-ura baru hadir, mengatakan Microsoft sedang menyiapkan dua peranti baru untuk diperkenalkan pada tahun ini.
Salah satu daripadanya, menggunakan nama kod “Cityman†dikatakan bakal hadir dengan skrin 5.7-inci, cip lapan-teras Qualcomm, memori 3GB RAM, serta kamera belakang 20-megapixel.
Selain daripada itu, Microsoft juga dikatakan sedang menyiapkan peranti dengan nama kod “Talkman†yang akan menggunakan cip enam-teras Qualcomm, serta skrin bersaiz 5.2-inci.
Desas-desus baru ini hadir selepas pengumuman sokongan Continuum pada peranti Windows 10, membolehkan pengguna mengubah telefon pintar tersebut menjadi desktop penuh Windows.
Microsoft mengatakan ia hanya akan disokong pada beberapa model terpilih berspesifikasi tinggi sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada adakah dua model ini akan menyokongnya, ataupun Microsoft mempunyai perancangan untuk model yang lebih berkuasa dalam latar masa mereka.
-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Unleashthephone