Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Guru Melayu Fasih Mandarin...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menafikan khabar angin yang tular konon ratusan guru Melayu...

Hafiz Terang Situasi Sebenar...

HAFIZ Hamidun menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam perkahwinannya sehingga membawa kepada tindakan...

Video: Rancangan ‘Ok Chope’...

RANCANGAN bual bicara komedi, 'Ok Chope' terbitan Mediacorp Singapura baru-baru ini mengundang kritikan...

Rekaan Lapangan Terbang Baru...

SEBUAH Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing, China sedang dalam pembinaan akan memiliki tujuh...

Dubmash, Aplikasi Yang Semakin Popular Di Malaysia

DUBMASH, antara aplikasi yang menjadi pilihan dan kegilaan warga Internet terutama golongan remaja ketika ini.

Trend terkini yang dilihat seolah-olah seperti virus dikalangan netizen ini amat popular di laman sosial Instagram dan Facebook.

Sehinggakan selebriti terkenal seperti Joe Flizzo, Nora Danish, Siti Nurhaliza, Tauke Raja Lawak  dan ramai lagi turut sama menggunakannya sebagai bahan hiburan.

Dengan hanya memuat naik aplikasi di telefon pintar, pengguna seterusnya boleh memilih senarai petikan yang tersedia dalam pelbagai bentuk bahasa untuk digayakan secara ‘lip sincing’.

d

Kemudian klip tersebut dikongsikan terus bersama rakan melalui pelbagai rangkaian media sosial.

Mudah bukan?

Tidak dinafikan ia sesuatu yang menarik, malah bagi mereka yang gemarkan hiburan seperti ini, Dubsmash disifatkan antara medium terbaik untuk melepaskan tekanan ketika bekerja.

Namun masih ingatkah anda dengan seorang individu bernama Bobo?

Jika anda masih ingat, beliaulah merupakan antara ‘dubsmasher’ terawal di mana aksi miming lagend lagu Sayang daripada Shae-nya telah mendapat pelbagai kritikan netizen disebabkan gayanya yang sememangnya amat-amat meloyakan.

bobo3


Tetapi lihatlah di mana arus trend sekarang ini, seakan ingin mengikut jejaknya bukan? Heh.

Aplikasi Dubsmash ini juga sebenarnya tidak lari daripada memberi kepada kesan ‘sampingan’ kepada penggemarnya.

Sekiranya anda perasan, hampir setiap hari pasti akan ada sekurang-kurangnya satu klip dubsmash yang akan dikongsikan oleh rakan anda untuk ditonton.

Ketagihan seperti ini pastinya akan mengundang impak kepada penggunanya dan tanpa disedari, ia akan mengganggu aktiviti normal seharian mereka.

Justeru anda dinasihatkan agar menggunakan medium hiburan ini dengan sebaik mungkin dan elakkan diri daripada menjadi salah seorang mangsa ketagihan.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=TzjU80MuSdw

https://www.youtube.com/watch?v=XdcvpdbGoXM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori