Bagaikan satu virus, aplikasi Dubsmash secara tiba-tiba menjadi kegilaan dan trending di media sosial seluruh dunia termasuk Malaysia.
BACA: Dubsmash Aplikasi Paling Popular Di Malaysia
Sehinggakan selebriti tanah air seperti Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Fasha Sanda, Zain Saidin dan ramai lagi turut menggunakan aplikasi ini.
Namun, muncul pula satu kenyataan daripada seorang netizen yang menggelarkan dirinya sebagai Ustaz Fashan mendakwa perbuatan melakukan gejala mimik muka menggunakan aplikasi Dubsmash itu adalah haram.
Kenyataan Ustaz Fashan itu sekali gus mengejutkan ramai khususnya anak-anak muda yang begitu mengemari aplikasi berkenaan.
Menurut Fashan, Dubsmash dalam bahasa arab dikenali sebagai Al- Muhaakah yang bermaksud meniru-niru gerakan atau suara orang lain kebiasaannya bertujuan mengejek, menghina dan merendah-rendahkan orang lain.
Jelasnya, perbuatan yang bertujuan untuk mentertawakan orang lain ini adalah haram lagi dicela disisi agama apatah lagi mempunyai unsur-unsur muzik dan nyanyian.
Malah, Rasullulah SAW sendiri pernah menegur isterinya, Aishah r.a tentang perbuatan meniru gaya dan dan pergerakan seseorang.
 “Aku tidak suka meniru-niru(gaya) seseorang walaupun aku diberikan dengan seperti ini dan ini (sesuatu apa pun(yang bernilai)”.
( HR At-Tirmidzi: Hasan Shahih )
Menurut alim ulamak, perbuatan Al-Muhaakah ini termasuk dalam kategori mengumpat yang diharamkan.
Rasullulah SAW juga bersabda, bahawa perbuatan ini adalah sesuatu yang sia-sia dan dilarang kerana berniat mendoakan kecelakaan kepada pelakunya.
“Celakalah orang yang bercakap sesuatu percakapan bertujuan dengannya untuk membuat orang lain ketawa, lantas dia berdusta, celakalah dia, celakalah dia!!..”
(HR Abu Daud: Hasan)
Berikutan itu, Fashan menggesa agar umat Islam menghentikan perbuatan bermain dengan aplikasi Dubsmash ini dan menjaga akhlak serta memanfaatkan masa sebaiknya terhadap agama dan dunia. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=AY91o87O-Y4