Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hisyam Hamid Gementar Jadi...

PELAKON Hisyam Hamid yang meningkat naik popularitinya menerusi watak Harith di dalam drama Ariana...

Tagih Pokemon GO ‘Melarat’...

RIYADH - Fenomena permainan peranti kontroversi, Pokemon GO nampaknya terus menjadi 'kegilaan' ramai...

Suspek Pecah Rumah Mati...

KOTA KINABALU - Polis menembak mati seorang penjenayah disyaki aktif melakukan pecah rumah...

Konsesi Spanco Berakhir –...

PUTRAJAYA: Penyelenggaraan kereta sewa untuk kegunaan rasmi kerajaan kini dibuat secara tender terbuka...

Duta Indonesia Maut Pasca Nahas Helikopter Di Pakistan

JAKARTA – Duta Besar Indonesia ke Pakistan, Burhan Muhammad yang turut terlibat dalam nahas helikopter di Pakistan pada 8 Mei lalu akhirnya meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH) awal pagi Selasa.

Berita sedih itu diumumkan Kementerian Ehwal Luar Indonesia di Jakarta susulan rawatan selama lapan hari bagi kelecuran yang dialami pada 70% bahagian tubuh allahyarham ekoran kemalangan udara tragik tersebut.

Menteri Luar Indonesia, Retno Lestari Marsudi mengesahkan allahyarham menghembuskan nafas terakhir pukul 12.50 tengah malam waktu Malaysia dan kedutaan Indonesia di Singapura akan menguruskan jenazah Burhan.

Allahyarham Burhan Muhammad dan isteri, Heri Listyowati, serta dua anak mereka, Pittra Amrullah dan YogaSulistya, ketika masih kecil. – Gambar hiasan

Allahyarham akan diterbangkan ke Jakarta pukul 5.35 petang Selasa ini, menggunakan pesawat kebangsaan Garuda Indonesia sebelum dikebumikan di sebelah pusara isterinya, Heri Listyawati Burhan di Yogyakarta.

Burhan, 57 tahun; dimasukkan ke SGH pada 12 Mei lalu untuk mendapatkan rawatan perubatan pakar setelah helikopter tentera Pakistan yang dinaikinya terhempas di pergunungan Gilgit-Baltistan awal bulan ini.

Beliau meninggal akibat jangkitan di paru-paru, namun berada di sisi dua anaknya, Fitra Amrullah; 19 tahun, dan Yoga Sulistyo; 18 tahun, serta adik kandungnya yang juga Duta Besar Indonesia ke Bahrain, Chilman Arisman.


Insiden pesawat tersebut mengorbankan tujuh orang, termasuk isterinya sendiri selain Duta Filipina, Domingo Lucenario; Duta Norway, Leif Larsen dan isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud.

Kumpulan Taliban di Pakistan kemudian mengaku bertanggungjawab menyerang helikopter itu dengan menggunakan peluru berpandu, yang sebenarnya disasarkan untuk membunuh Perdana Menteri, Nawaz Sharif.

Pemimpin Pakistan itu dilaporkan turut melakukan penerbangan di wilayah tersebut pada waktu yang sama namun dakwaan militan tersebut disangkal oleh para pegawai tentera dan beberapa saksi. – Agensi/H.A.AMREE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori