Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nombor Plat 88888 Bawa...

MENGIKUT kepercayaan masyarakat Cina, nombor lapan bermaksud membawa tuah atau ong kepada mereka. Disebabkan...

Kanser Penyebab Kematian Kedua...

KUALA LUMPUR - Penyakit kanser kini meningkat di Malaysia dan menyumbang kepada 16,000...

Kit Siang Ucap Tahniah...

KUCHING - Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengucapkan tahniah kepada Pengerusi...

Sasaran RM10,065 Pendapatan Sebulan...

 KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan sasaran...

Nahas Helikopter: Duta M’sia Sempat Muat Naik Gambar Di FB

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar yang tercedera dalam nahas helikopter di kawasan Lembah Naltar, Pakistan pagi semalam, sempat memuat naik sekeping gambar dalam laman Facebook dipercayai sebelum tragedi berlaku.

Beliau yang menggunakan nama akaun Facabook Hasrul Sani Mujtabar, berkongsi gambar bersama isterinya, Datin Habibah Mahmud serta beberapa delegasi lain yang berada dalam helikopter tersebut.

Gambar itu dimuat naik berserta kapsyen ‘All set to fly off to Gilgit. Only for the brave hearts…hehehe’ atau dalam bahasa Melayu bermaksud ‘Semua bersedia untuk berlepas ke Gilgit. Hanya untuk mereka yang berani… hehehe’.

Nahas itu mengakibatkan Habibah dan lima yang lain terbunuh apabila helikopter tentera milik Pakistan yang dinaiki terhempas pada sebuah sekolah.


Sementara itu, Hasrul yang menghubungi keluarganya memaklumkan hanya cedera di tangan serta muka namun kecederaan dialaminya itu tidak serius.

Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud dijangka tiba esok dan akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor Bahru. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori