Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: ‘Raja Report Malaysia’,...

SIAPA yang tidak kenal dengan empunya nama Abdul Rani Kulup, yang sudah tidak...

Hutang Luar Negara Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Hutang luar negara kerajaan Persekutuan setakat akhir Jun tahun ini...

Kerajaan Belanja RM6.31Juta Utk...

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM6.31 juta telah dibelanjakan kerajaan untuk membiayai lawatan rasmi...

Najib Dakwa UMNO Dikhianati...

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa UMNO...

El Gamma Penumbra Muncul Pemenang Asia’s Got Talent

Seperti diduga banyak pihak, kumpulan seni berdasar gerakan bayang-bayang, El Gamma Penumbra yang berasal dari Filipina memenangi program Asia’s Got Talent musim pertama yang berlangsung di Singapura malam tadi.

Kumpulan itu menewaskan 3 lagi peserta dari Filipina juga iaitu Gerphil Flores, Junior New System dan Gwyneth Dorado.

Mereka juga menundukan peserta Thailand, The Talento, Gao Lin dan Liu Xin (China), Dance Trilogy, Khusugtun (Mongolia) dan Triqstar (Jepun).

Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang hadiah wang tunai 100,000 Dollar Amerika Syarikat dan peluang untuk membuat persembahan di resort Marina Bay Sands di Singapura.

Asia’s Got Talent siri terakhir hari ini bagaimanapun diselubungi kontroversi apabila keputusan pemenang bocor secara dalam talian empat jam lebih awal.


Ia mengundang rasa kurang senang dan anti klimaks bagi peminat program itu.

Keputusan terakhir itu dipercayai dibocorkan oleh salah seorang penonton melalui akaun instagram miliknya.-MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori