Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAS Bantu Dana Bersatu:...

Umno hari ini menyindir PAS selepas parti itu menyatakan secara terbuka kesanggupan mereka...

Pekebun Ditetak Senda Rakan...

MIRI - Gara-gara mempersendakan rakannya yang menghidangkan daging biawak, seorang pekebun lelaki cedera...

Azam Idam Aksi Pestabola...

KUANTAN - Nor Azam Azih terlepas peluang beraksi pada Piala AFF baru-baru ini...

Polis Temui Serpihan Bahan...

ALOR SETAR - Polis menemui sejumlah besar serpihan bahan letupan yang meletup di...

Empangan Telom: Orang Asli Saman TNB Dan 3 Lagi

KUALA LUMPUR – Sebelas orang asli memfailkan saman terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tiga lain atas dakwaan mengambil secara salah tanah mereka untuk projek pembinaan Empangan Telom, di Kuala Lipis.

Jeffry Hassan dan 10 lain yang menetap di Kampung Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Sivil pada 17 April lepas melalui Tetuan Raj, Ong & Yudistra.

Mahkamah menetapkan 9 Julai ini untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman.

Mereka menamakan TNB, Kerajaan Negeri Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.

Dalam pernyataan tuntutan mereka memohon pengisytiharan bahawa mereka mempunyai hak milik Adat Asli dan tuan punya ke atas tanah yang mereka diami itu.

Plaintif juga memohon satu perintah yang menghalang TNB sama ada secara sendiri atau melalui ejennya daripada memasuki ataupun melakukan sebarang kerja di atas tanah itu.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa pengambilan kawasan itu tidak mematuhi Akta Pengambilan Tanah 1960, Akta Orang Asli dan Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan, ganti rugi, kos, dan faedah.


Orang Asli Pos Lanai itu mendakwa pada 2013 mereka telah dipindahkan ke penempatan baharu serta tidak boleh menetap atau menggunakan kawasan itu lagi dan mereka juga tidak menerima notis berhubung pemindahan itu.

Mereka mendakwa selepas mereka berpindah ke penempatan baharu, mereka mendapat tahu bahawa TNB telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Pahang untuk melancarkan projek pembinaan empangan itu.

Akibatnya mereka kehilangan punca pendapatan daripada hasil getah, kelapa sawit, petai, rotan dan buah-buahan.

Oleh itu mereka mendakwa defendan telah mengambil tanah secara salah kerana tidak mematuhi Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Akta Orang Asli 1954. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori