Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Hasrat Jadi Negara...

PUTRAJAYA - Malaysia berhasrat menjadi negara neutral karbon pada masa akan datang dan...

Wanita Malaysia Antara 41...

SINGAPURA - Seorang wanita Malaysia berusia 38 tahun merupakan antara 41 kes import...

Najib Rai PM Bangladesh...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan majlis jamuan rasmi...

Serangan Di Paris, Lelaki...

ALGIERS - Pihak berkuasa Algeria menahan seorang lelaki yang memiliki dua kerakyatan Algeria...

Sah Nikah Sabtu Ini, Kenapa Fahrin Rahsia Bakal Isteri?

SEBELUM ini, kecoh apabila keakraban Fahrin Ahmad bersama aktres, Izreen Azminda menimbulkan persoalan hingga muncul dakwaan yang mereka sedang bercinta.

Tak ada angin, tak ada ribut tup-tup aktor kacak ini mengejutkan ramai apabila mendedahkan bakal mengakhiri zaman solonya Sabtu ini.

Bagaimanapun, Fahrin masih lagi enggan mendedahkan identiti isterinya sehinggalah pada hari pernikahan.

Menurut Fahrin, majlis pernikahannya itu bakal diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

“Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu.

“Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti. Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti,” katanya dalam sidang media khas pengumuman nikahnya di Flora Terrace, Kuala Lumpur, petang tadi.

Bercerita mengenai bakal isterinya, aktor berbadan sado itu mengakui dia mengenali wanita pilihan hatinya itu sejak setahun lalu.


“Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini.

“Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

“Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya,” ujarnya.

Kenyataan Fahrin itu sekali gus menamatkan segala spekulasi yang mengkaitkan dirinya dengan mana-mana selebriti wanita termasuk Izreen. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori