Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ops Raya: JPJ Awasi...

KOTA BAHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melancarkan Ops Raya bagi mengawal...

Pemimpin Muslim Pakatan Harapan...

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan seluruh umat Islam bahawa DAP sedang memperalatkan segelintir...

Manfaatkan E-Lejar LHDNM Elak...

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah melancarkan aplikasi e-Lejar sejak tahun 2010.Ikuti...

“Wujudkan Portal Dakwah Tangkis...

"CARI sampai lubang cacing!"... Itulah antara ayat seorang wakil perwakilan ketika berbahas pada Perhimpunan Agung...

Final Piala FA: Penyokong Kelantan Beratur Seawal 5 Pagi

KOTA BHARU – Penyokong The Red Warriors (TRW) beratur seawal pukul 5 pagi ini bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan wakil Singapura Lions XII walaupun kaunter jualan tiket di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hanya dibuka 9 pagi.

Nazrul Nordin, 21, berkata beliau bertolak dari rumahnya di bandar Gua Musang seawal pukul 3 pagi semata-mata untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir itu.

“Memang kalau Kelantan masuk perlawanan akhir saya akan beli tiket dan pergi menyaksikan mereka beraksi, tidak kira kalah atau menang saya tetap akan beri sokongan.

“Kalau beli secara online, tak dapat rasa kehangatan … masa saya sampai (kira-kira 5 pagi) sudah ada 300 orang di perkarangan stadium, ini membuatkan saya terharu kerana ramai yang ingin memberi sokongan buat TRW, harapan semoga TRW menang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di stadium itu.

Nik Mohd Fakrul Hakim Nik Mohd Zaqif, 22, dari Kampung Penambang di sini berkata beliau berada di perkarangan stadium selepas selesai menunaikan solat subuh di masjid berdekatan dan bersyukur kerana mendapat tiket yang dihajatinya.

Azmir Mustafar, 34, dari Pasir Puteh pula berkata beliau yakin pasukan TRW dapat menewaskan Lions XII pada perlawanan akhir walaupun pasukan Kelantan pernah kalah sebelum ini.

Perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Lions XII akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan Terengganu, Sabtu lepas.


Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md Noor yang meninjau penjualan tiket di stadium gembira kerana penyokong Kelantan berdisiplin dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan ketika proses penjualan tiket.

“Kami menghargai penyokong … kami buka lapan kaunter untuk mereka membeli tiket dengan satu daripadanya merupakan kaunter untuk wanita. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak elok berlaku, mereka ikut peraturan dan memberi kerjasama yang baik,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah peruntukkan 45,000 tiket untuk KAFA memandangkan penyokong lebih ramai.

“Kami berterima kasih kepada FAM … terima kasih juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang memberi kerjasama untuk memastikan kelancaran proses penjualan tiket,” katanya.

Sementara itu, Ismail juga mengingatkan penyokong TRW yang menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil supaya menjaga tingkah laku dan tidak melakukan sebarang kekecohan sepanjang perlawanan berlangsung.

“Kena tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak melakukan sebarang kekecohan di sana nanti,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori