Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bangkai Pesawat Akan Dikeluarkan...

MELAKA - Bangkai pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati...

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang...

PENGERUSI Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan menegaskan pihak pengurusan lapangan...

Rakyat Malaysia Antara Mangsa...

KABUL - Kumpulan militan dilaporkan menculik dan membunuh tiga rakyat asing yang bekerja...

Jakarta Mahu Bunuh 6...

JAKARTA - Kerajaan Indonesia akan membunuh enam juta ayam daging bermula minggu ini...

Fouziah Gous Sah Hamil Lepas Balik Honeymoon

SELAIN Wawa Zainal dan Erin Malik, pelakon dan pengacara popular Fouziah Gous turut berkongsi berita gembira apabila mengesahkan dirinya sedang hamil dua bulan setengah.

BACA: Fouziah Gous Sambut Birthday Suami Di Jepun

Beberapa tahun menanti, pastinya tiada apa lebih mengembirakan buat pasangan romantis ini apabila dikhabarkan akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Menurut Fouziah, dia mengetahui berita ini setelah pulang dari menjalani penggambaran program Nona sambil berbulan madu bersama suami di Jepun, Mac lalu.

11235937_1148916131800529_76405987_n

Bagi memastikan dirinya benar-benar hamil, Fouziah mengakui menjalani sebanyak empat kali ujian kehamilan.

“Mulanya saya tidak jangka hamil kerana saya memang mengalami masalah haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan. Lantas, saya membuat ujian kehamilan sendiri sebanyak dua kali dan kedua-duanya memberi bacaan positif.


“Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu gembira lagi dan minggu berikutnya barulah saya pergi membuat pemeriksaan di klinik biasa. Hasilnya juga sama iaitu positif. Sekali lagi saya masih tidak puas hati dan mengajak suami untuk malakukan ujian di pusat perubatan swasta.

“Apabila diberitahu kandungan saya sudah berusia tujuh minggu, barulah saya yakin sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Fouziah dan suaminya Zhafran menyatakan tidak kisah mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan asalkan cahaya matanya cukup sifat dan sihat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori