Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Azmin Dahului Rafizi Dengan...

KUCHING - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Rafizi Ramli dalam...

Kertas Putih Tangani Ancaman...

KUALA LUMPUR - Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS' diedarkan kepada...

Kerana Masak Guna Kuali...

SELAIN bergelar sebagai seorang penyanyi, Farahdhiya kini dilihat sering memuat naik video masakannya...

KPDNHEP Johor Rampas 230...

KULAI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor merampas...

Gadis Dakwa Dianiaya Syarikat, Sebab Berpakaian Tutup Aurat

TIDAK puas hati dengan tindakan majikan memberi surat amaran kepadanya kerana melanggar peraturan syarikat disebabkan berpakaian menutup aurat sebagai muslimah, seorang gadis menyebarkan perkara ini di laman sosial miliknya.

Nadey Khairudin, Eksekutif Pemasaran Bahagian Kesihatan Haiwan di YSP Industries (M) Sdn Bhd mendedahkan di Facebook, majikannya bersikap tidak adil apabila memberi amaran bahawa pemakaiannya sebagai wanita muslim telah melanggar peraturan syarikat tersebut.

majikan tak bagi pakai tudung1

Sedangkan selar Nadey, pekerja tidak beragama Islam yang memakai skirt pendek tidak pula diberikan amaran serupa meskipun secara jelas ianya melanggar etika syarikat di mana skirt mesti melebihi paras lutut.

Gara-gara tindakannya membantah amaran yang dikeluarkan, Nadey mendakwa dia bagaikan menjadi ‘target’ pihak syarikat apabila kemudiannya ditegur pula kerana mencuci kaki di tandas untuk mengambil wuduk.

mynewshub.cc


Oleh sebab empunya badan begitu berani mengambil risiko tampil ke hadapan bagi mendedahkan perkara ini maka kami berpendapat pihak yang berkenaan harus turun padang bagi membela nasib pekerja Islam seperti Nadey sekiranya benar ada unsur ketidakadilan telah dilakukan syarikat ke atasnya.

Pada masa sama, YSP Industries perlu menjelaskan sama ada syarikat mereka telah menindas pekerja Islam seperti Nadey yang mahu menutup aurat semasa bekerja dan jika ianya benar maka mereka perlu meminta maaf kepadanya dan juga masyarakat Islam negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

https://www.youtube.com/watch?v=v8G-kkaU7A4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori