Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perwakilan PKR Diberi Amaran...

KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini memberi amaran kepada...

Gelar ‘Macai Politik’, Syed...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari...

Expository Essay Topic Suggestions,...

You're likely to be offered an essay on just about any topic for...

Cadangan Sewa Beli Rumah...

IPOH - Cadangan untuk melaksanakan pendekatan 'sewa dan beli' bagi membantu rakyat kurang...

Gagal Hadir PAC Tambah Spekulasi Ke Atas 1MDB

KUALA LUMPUR – Pemuda Gerakan mengingatkan pengurusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) supaya tidak cuba menguji kecabaran orang ramai yang mahu tahu kebenaran di sebalik isu yang melanda syarikat tersebut.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Halmi tidak wajar meminta penangguhan selama 30 hari untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“1MDB adalah subjek yang menjadi perhatian ramai. Kedua-dua mereka sepatutnya menjadikan kehadiran mereka dalam pendengaran PAC pada hari ini sebagai keutamaan.

“Pemuda Gerakan berasa sangat kecewa dengan kegagalan pegawai tertinggi 1MDB tersebut hadir memberi keterangan hari ini. Permohonan penangguhan selama 30 hari tidak masuk akal,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Keng Liang berkata, kegagalan Arul dan Shahrol menghadiri pendengaran PAC itu menimbulkan lebih banyak spekulasi orang ramai ke atas 1MDB.


“1MDB perlu berhenti mencurah garam ke luka sendiri,” katanya. – mynewshub.cc

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori