Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Bertambah, Masjid...

SINGAPURA – Pada Sabtu lalu, masyarakat Islam di Singapura berbangga apabila nama presiden...

Pelajar Maut Kemalangan Ketika...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas...

Johor Mungkin Henti Beli...

PETALING JAYA - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang menyediakan kajian penuh...

Filem Dukun Jadi ‘Mangsa’...

PELAKON, Datin Paduka Umie Aida meluahkan rasa kesal apabila filem lakonannya berjudul Dukun...

GAMBAR: Majlis Pernikahan Bekas Suami Abby Abadi

Tanggal 15 Mei melakar sejarah baharu buat bekas suami kedua Abby Abadi, Farhan apabila selamat diijab kabulkan dengan seorang ibu tunggal anak dua sekali gus menamatkan status dudanya.

BACA: Bekas Suami Abby Abadi Bakal Bernikah Dengan Ibu Tunggal Anah Dua

Farhan atau nama sebenarnya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Noriah Mat Isa dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya, semalam.

11150954_10153376045256062_1765910299242762293_n11275749_1057867687575370_1019708989_n11271961_1057867634242042_1640158444_n (1)11267285_1057867657575373_1708362322_n 11245260_1057867614242044_1590910939_n 11280322_1057867584242047_1039873786_nNUR-FARHAN-BAKAR-4

Dalam pada itu, Farhan yang juga merupakan artis dibawah bakat Jamal Tommy mengakui diselubungi dengan perasaan gugup ketika melafazkan akad meskipun ini adalah perkahwinan kali kedua.

“Walaupun saya sah bergelar suami Noriah dengan sekali lafaz, sebelum itu saya dah rehearsal dua kali dengan Tok Kadi.

“Saya gementar dan gugup semalam ketika akad, mungkin kerana kali ini bernikah di Malaysia kot,” kata Farhan kepada Astro Gempak.


Terdahulu, Farhan dan Abby memilih untuk berkahwin di Selatan Thailand sebelum disahkan bercerai dengan talak satu selepas 11 bulan bersama.

Pada masa yang sama, Farhan menzahirkan harapannya agar rumah tangga yang dibina bersama Noriah akan kekal bahagia selamanya.

Farhan dan Noriah mengikat tali pertunangan pada 21 Mac lalu selepas setahun berkenalan.

Tahniah dan semoga bahagia diucapkan buat pasangan mempelai ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori