Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lima Maut Akibat Denggi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima kematian akibat wabak denggi dilaporkan di seluruh negara...

Hanya Seorang Pesakit COVID-19...

PUTRAJAYA - Hanya satu kematian membabitkan pesakit COVID-19 yang dalam rawatan di hospital...

Taman Tema Berdarah, 2...

MENURUT laporan media China, dua individu maut manakala tiga lagi sedang dirawat setelah berlaku...

Syura Bawa Anak Sambut...

WALAUPUN tidak lagi terikat sebagai sepasang suami isteri, penyanyi Syura Badron, 31, tidak...

‘Ganas Sangat’ Kalau Gantung Pengajian Pelajar Selfie – Ibrahim

BEKAS Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah menyifatkan tindakan mahu menggantung diploma pelajar yang berselfie di majlis konvokesyennya baru-baru ini sebagai suatu tindakan dan hukuman yang ganas.

Bekas Naib Canselor UiTM,
Bekas Naib Canselor UiTM, Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah

Tindakan pelajar berkenaan, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, yang berselfie ketika menerima skrol telah dianggap sebagai melanggar protokol adat istiadat majlis konvokesyen universiti tersebut.

Menurut Dr Ibrahim, mungkin pihak pengurusan UiTM perlu mempertimbangkan semula hukuman yang dikenakan mereka terhadap pelajar jurusan fotografi tersebut.

“Mungkin perlu dipertimbangkan semula hukuman kerana selfie itu. Normal rasanya bagi budak-budak muda untuk berseronok dan berselfie seperti itu. Kalau tidak boleh, pentadbiran hanya perlu maklumkan pada sesi akan datang tentang larangan selfie.

Diploma Pelajar Selfie Digantung Setahun Oleh UiTM

“Ganas sangat kalau gantung pengajian sehingga setahun atau dua tahun. Memang ganas sangat dan tidak boleh diterima bagi saya. Kita kena lihat dari aspek trending kini. Berselfie adalah satu kebiasaan bagi golongan remaja. Mungkin semasa konvokesyen ia masih dilihat janggal atau pelajar itu masih tidak tahu jika ia tidak boleh dilakukan,” katanya kepada sebuah portal berita.


Sebelum ini, UiTM menerusi Naib Canselornya Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan bahawa diploma Hasrul digantung untuk tempoh setahun hingga dua tahun selepas tindakannya itu dikatakan memalukan institusi pengajian awam terbabit.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JASMIN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori