GAYA cool lagi selamba Khairy Jamaluddin menggunakan skateboard bagi meninjau sekitar program Festival Belia Putrajaya 2015 pada Sabtu mendapat perhatian ramai.
Menteri Belia dan Sukan itu mengenakan pakaian kasual lelaki, berseluar jeans dan t-shirt untuk meninjau dengan lebih dekat perjalanan festival di Putrajaya itu.
Disebabkan gaya santainya, rata-rata pengguna media sosial memuji style Khairy yang dianggap amat jarang dilakukan pemimpin lain khususnya yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.
“Inilah menteri yang kami mahukan. Merendah diri dan dekat dengan rakyat,” itu antara komen netizen.
“Kipidap, kami suka gaya anda,†kata pengguna Facebook, Maslinda.
“Menteri belia yang osem,†tulis Mohd Asri.
Festival Belia Putrajaya 2015 merupakan acara tahunan yang pertama kali dianjurkan di bawah program Rakan Muda.
Pelbagai program menarik diadakan khas untuk belia selama dua hari, 22 dan 23 Mei 2015 di Dataran Gemilang yang bertemakan Talent Showcase.
– MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Khairy Jamaluddin
Oleh: hzq