KATHMANDU – Kira-kira 1,000 warga Eropah masih lagi hilang di Nepal, genap seminggu kejadian gempa bumi kuat melanda negara itu yang sudah mengorbankan lebih 6,300 nyawa manakala ribuan yang lain memerlukan bantuan.
Kebanyakan warga Eropah berada di Nepal untuk mendaki puncak tertinggi dunia, Everest serta menyusuri wilayah terpencil Langtang di tepi banjaran Himalaya di mana terletaknya pusat gegaran gempa dicatatkan minggu lalu.
“Mereka masih lagi hilang dan kita tidak lagi pasti apa status mereka sekarang,” kata Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Nepal, Rensje Teerink.
Beliau mengesahkan setakat ini 12 warga EU sudah dikenal pasti maut dalam bencana itu.
Seorang pegawai EU yang enggan namanya disiarkan berkata, majoriti warga Eropah dikesan masih selamat namun dalam kesulitan untuk menuruni cerun banjaran serta faktor komunikasi yang buruk sementara yang lain statusnya tidak diketahui. – AFP
https://youtu.be/4JlxfVGkmN4