Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jenayah Pelajar Sekolah Di...

KLANG - Jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah di seluruh Selangor...

Najib Tiba Di Los...

LOS ANGELES - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di bandar...

Kerajaan P.Pinang Digesa Pulihkan...

GEORGE TOWN - Gerakan hari ini menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP...

Pelajar Maut Motosikal Bergesel

KEMAMAN - Seorang pelajar maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah motosikal lain di...

Gencatan Senjata Kemanusiaan Di Yaman Bermula

RIYADH – Gencatan senjata dikuatkuasakan di Yaman bermula malam tadi selepas serangan udara intensif 24 jam oleh tentera bersekutu diketuai Arab Saudi ke atas pemberontak di Yaman dengan memberi amaran serangan dilancarkan jika gencatan dicabuli.

“Tepat jam 11 malam,” kata jurucakap tentera gabungan, Brigadier Jeneral Ahmed al-Assiri apabila ditanya bila gencatan senjata bermula mengikut dijadual jam 11 malam waktu tempatan.

“Komitmen kami adalah menghormati gencatan ini,” katanya. Namun, beliau berkata, tentera pakatan masih menjalankan operasi perisikan dan pemantauan keadaan semasa di Yaman.

“Kami bersedia untuk bertindak jika gencatan ini dicabuli, kalau ia tidak dihormati, kami akan meneruskan (serangan),” katanya.


Gencatan senjata selama lima hari itu diadakan bagi membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Yaman meskipun kumpulan pekerja bantuan meminta tempoh itu dipanjangkan lagi. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori