Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Personaliti TV ‘Kerek’...

WARTAWAN televisyen ESPN Britt Henry digantung kerja serta-merta selama seminggu selepas menghina seorang pekerja parkir...

Zahid Hadir Malam Cinta...

BAGAN DATOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyertai...

Mara Digital Dirasmi Wadah...

KUALA LUMPUR ― Pengguna pelbagai kaum diharap dapat mencontohi pembeli Melayu yang disifatkan...

Pertanian Di Cameron Highlands...

CAMERON HIGHLANDS - "Hasil kurang, kualiti kurang, untung pun kurang," demikian antara keluhan pekebun...

Gila Porno Kanak-Kanak: MARA Tamatkan Pinjaman Pelajaran

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MARA, Rohayah Mohd Zain hari ini menyatakan pinjaman pelajar Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, ditamatkan selepas dia disabitkan bersalah oleh mahkamah di London atas dakwaan memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak.

Menurut Rohayah, pihak Mara memandang berat kesalahan dilakukan oleh mana-mana pelajar di bawah tajaan organisasi tersebut.

“MARA menggantung pinjaman pelajaran beliau sejak ditahan reman pada November lepas atas pertuduhan itu.

“Bagaimanapun setelah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman, pinjaman tersebut ditamatkan serta-merta dan beliau dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan,” katanya kepada Bernama.

Menurut laporan portal antarabangsa International Business Times, Nur Fitri Azmeer dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown, London selepas disabitkan dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar lucah kanak-kanak.


Pelajar M’sia Dipenjara Di London Kes Gambar Porno Kanak Kanak

Penuntut jurusan Matematik di Kolej Imperial London itu mengaku bersalah di atas semua kesalahan tersebut.

Portal itu turut melaporkan Nur Fitri akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori