Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

JPAM Bertukar Ke APM...

TANJUNG MALIM - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan ditukar menjadi Angkatan Pertahanan...

Sindiket Ecstasy Sabah Tumpas,...

POLIS Sabah mematahkan kegiatan terbaru membekalkan dadah ecstacy dalam bentuk cecair dan serbuk...

PN Jangka Umum Pembahagian...

KUALA LUMPUR: Pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan...

Next Bike Lancar Ducati...

BUKIT TINGGI - Next Bike Sdn. Bhd., pengimport dan pengedar motosikal Ducati di...

GST Tingkatkan Hasil Cukai Tahunan Kepada RM31.4 Bilion

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil cukai kerajaan kepada RM31.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM15.5 bilion yang dikutip melalui cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dalam Dokumen Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK11) bagi tempoh (2016-2020) berkata pendapatan tambahan itu akan mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan dalam tempoh tersebut.

Katanya GST yang dilaksanakan pada 1 April lepas, akan meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan sistem cukai sedia ada.

“Kerajaan komited ke arah mencapai sasaran konsolidasi fiskal bagi bajet berimbang pada tahun 2020 dengan meneruskan dan memperluas perubahan yang telah dimulakan dalam tempoh RMK10.


“Strategi utama untuk meningkatkan fleksibiliti dasar fiskal dalam tempoh RMK11 adalah dengan memperkukuh kecekapan pungutan hasil dan melaksanakan perbelanjaan Kerajaan yang lebih berdisiplin dan berhemat,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori